Instagram lancar ‘Balasan Maya Reels’

Mark Zuckerberg mengumumkan ciri terbaharu buat pengguna Instagram yang dikenali sebagai 'Balasan Maya Reels'.
- Advertisement -

CALIFORNIA: Instagram telah melancarkan ciri baharunya, dikenali sebagai ‘Balasan Maya Reels’ (Reels Visual Replies)) yang membolehkan pengguna membalas komen (pada siaran) melalui Reels.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Meta, Mark Zuckerberg berkata, ‘Balasan Maya Reels’ akan membantu pengguna membalas ulasan atau komen pada siaran Reels mereka dengan dengan gaya unik video Reels mereka sendiri. 

- Advertisement -

“Balasan Maya Reels’ di Instagram akan berguna untuk pencipta video Reels, terutamanya mereka yang mendorong penglibatan mereka melalui Reels,” ujarnya, menurut laporan Republicworld.com

Cara menggunakan ciri terbaharu Instagram itu adalah selepas menyiarkan Reels di Instagram, pengguna perlu ke bahagian komen, pilih ulasan dan klik pada balasan. Apabila kotak teks untuk menaip balasan dibuka, ketik pada ikon Reels yang muncul di sebelah kiri. 

Di dalamnya, pengguna boleh membuat balasan maya dengan mengklik gambar. Gambar tersebut kemudiannya akan dimuat naik sebagai balasan kepada komen dalam bentuk pelekat.

Pengguna Instagram kini boleh membalas sesuatu komen pada Reels mereka dengan video Reels tersendiri.

Terdahulu, Instagram milik Meta ialah salah satu aplikasi terbaharu yang melancarkan ciri semakan akhir tahunnya  (year-end review) dan ia dipaparkan pada halaman utama aplikasi media sosial sebagai ‘Lihat putar masa 2021 anda (view your 2021 playback).

Ciri tersebut membolehkan pengguna Instagram melihat kembali cerita (instastory)  yang telah mereka siarkan di Instagram sepanjang tahun ini. 

Untuk mempamerkan dalam playback, platform media sosial akan memilih 10 instastory dari arkib pengguna. – HARAKAHDAILY 13/12/2021

- Advertisement -