Sistem e-Ternak kumpul data haiwan ruminan di Kelantan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan kini memperkenalkan sistem e-Ternak sebagai usaha memperkemaskan pangkalan data berkaitan jumlah haiwan ternakan ruminan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, e-Ternak akan menggantikan sistem rekod manual sebelum ini menggunakan buku log. 

- Advertisement -

Menurutnya, melalui kaedah itu ia akan memudahkan pengumpulan data berhubung jumlah sebenar lembu yang ada di Kelantan berbanding sebelum ini. 

“Sistem e-ternak dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan. Melalui sistem ini, kita akan membuat pemantauan jika ada ternakan  terkena jangkitan, kita akan beri rawatan,” katanya selepas merasmikan Sistem e-Ternak di Hotel Ibis Styles di sini baru baru ini.

Hadir sama Ketua Seksyen Komoditi Ternakan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Dr Anisa Abu Bakar.

Tuan Mohd Saripudin (kanan) menunjukkan teknologi sistem e-Ternak yang baru diperkenalkan di Kelantan pada majlis pelancarannya di Kota Bharu baru-baru ini.

Sehubungan itu, Tuan Mohd Saripudin berharap golongan penternak di Kelantan dapat memberi kerjasama dengan mendaftarkan ternakan mereka menerusi sistem tersebut.

Beliau berkata, JPV Kelantan akan turun padang untuk membantu golongan penternak mendaftar menggunakan sistem tersebut.

“Sehingga kini terdapat kira-kira 100,000 penternak di Kelantan yang aktif,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2021

- Advertisement -