
TADI ada anak guaman (kaum Tiong Hwa) berbincang dengan saya mengenai isu Kerajaan Kedah haramkan kedai nombor ekor.
Dia kata, kerajaan nak haramkan kebudayaan Tiong Hwa.
Saya gelak. Jawapan saya kepada beliau adalah sebegini:
Kebudayaan ada yang baik dan tak baik.
Misalnya, kebudayaan Tiong Hwa yang baik termasuk:
“Taat kepada ibu bapa 孝顺”,
“Kesetiaan kepada Raja dan Negara 忠君报国”,
“Mengikut adat tempatan 入乡随俗”.
Yang tak baik termasuk adat yang tidak adil terhadap wanita, budaya rasuah, budaya menyembah macam-macam Dewa ciptaan manusia tanpa memahami siapakah Dewa tersebut.
Budaya judi itu budaya yang tidak baik.
Kami Tiong Hwa memang ada sifat untuk membuang kebudayaan yang tidak baik.
Kerajaan yang mengamalkan kebudayaan Tiong Hwa tidak menyokong judi seperti Tanah Besar China.
Macao dan Singapura terdapat kasino kerana terpengaruh dengan kebudayaan Portugal dan British.
Untuk menjawab anak guaman tadi, saya katakan Kerajaan telah membantu kaum Tiong Hwa untuk membuangkan kebudayaan yang buruk.
Saya banyak nampak keburukan judi, sah atau haram.
Namun saya ada nasihat kepada Kerajaan Kedah. Jikalau anda tidak bersedia untuk mengatasi masalah penjualan nombor ekor haram, maka tutup kedai jualan ekor yang sah akan membantu perkembangan penjualan nombor ekor haram.
Adakah Kerajaan Kedah telah ada rancangan yang teratur dengan PDRM dan PBT untuk mengatasi penjualan nombor ekor haram? Kalau tidak, penjual nombor haram berterima kasih kepada Kerajaan Kedah.
ULASAN APEK CINA – HARAKAHDAILY 16/11/2021
https://www.facebook.com/674810622880986/posts/1495337147494992/?sfnsn=mo
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.




















