Ustaz Tarmizi pastikan projek, selenggara ikut ketetapan

- Advertisement -

PAYA BESAR: ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya telah mengadakan pemantauan rutin kepada projek pembangunan atau kerja penyelenggaraan di Kampung Chendering, Taman Tas dan Permatang Badak, di sini semalam.

Perhatian sebegini adalah keprihatinan dan kepekaan beliau dalam memastikan spesifikasi binaan atau prosedur kerja berkaitan dilaksanakan sebagaimana rancangan dan jadual serta mengikut kelulusan diperuntukkan.

- Advertisement -

Bagi Sekolah Agama Rakyat KAFA As-Syakirah Kampung Chendering dan Tadika KEMAS Taman Tas, beliau melihat kerja menukar atap yang dilanda ribut sebelum ini, manakala di Surau RRM 1 Permatang Badak melibatkan pembinaan parkir motosikal.

Menurut beliau, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan yang dilaksanakan ini adalah hasil sumbangan daripada orang ramai dan juga bantuan diperuntukkan pihak kerajaan negeri sebagai kemudahan rakyat.

“Projek ni ada yang dah siap dan ada yang baru bermula. Projek ini adalah permohonan daripada KAFA dan Tadika. Peruntukan kerja-kerja ini adalah daripada kerajaan.

“Tujuan projek ini untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak KAFA dan Tadika serta kemudahan fasiliti untuk kariah di Surau RRM 1 Permatang Badak,” ujar beliau.

Maklum Ustaz Tarmizi yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang, kos penyelenggaraan dan membina setiap projek kerja tersebut menelan belanja sekitar RM 15,000 hasil daripada bantuan kerajaan dan derma orang ramai.

Kerja-kerja pemantauan oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching merupakan rutin bagi beliau bukan sahaja boleh meningkatkan kepercayaan masyarakat di DUN Panching, malah meningkatkan integriti tadbir urus.

Para penyumbang yang ingin menyumbang kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan terjejas akibat COVID-19 boleh salurkan ke akaun Bank Muamalat 06010004266719 atas nama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching dan hubungi 016-2640 448 untuk sebarang pertanyaan. – HARAKAHDAILY 22/9/2021

- Advertisement -