Cubaan ‘gula-gulakan’ MP pembangkang kebudak-budakan

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi suasana politik negara.

Ini berikutan senario politik semasa ketika ini yang dilihat sesiapa sahaja berkemungkinan merebut peluang untuk menghantar mesej dengan pelbagai tawaran yang kononnya daripada Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Bagaimanapun, Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya isu itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Komen saya mudah saya, minta buat laporan polis dan minta polis jalankan tanggungjawab,” katanya ringkas ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Khairil yang juga Ahli Dewan Negara juga tidak menolak kemungkinan ianya propaganda yang dibangkitkan untuk memburukkan lagi keadaan.

“Tapi jika difikirkan logiklah kan, takkanlah benda-benda high profile macam ini hendak hantar pakai WhatsApp, tak boleh macam itu, macam budak-budak sangatlah.

“Pada saya rasa kalau dia (Kulasegaran) rasakan dia betul dia (boleh) buat report polis dan kita tengoklah polis buat siasatan, terserah pada pihak polis, senang cerita,” ujarnya.

Sementara itu katanya, pihaknya kini hanya memfokuskan kepada usaha kerajaan memperkukuh Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta memilih untuk tidak berpolitik di saat negara berdepan pandemik Covid-19 yang semakin mengganas.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran mendakwa telah dihubungi seorang individu tidak dikenali yang menawarkan ganjaran sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga bekas Menteri Sumber Manusia itu berkata, tawaran itu dibuat melalui pesanan di aplikasi WhatsApp menerusi telefon setiausahanya, Jeremy Chuah semalam.

Dakwanya tawaran tersebut antara lain menyebut ganjaran wang berjumlah RM30 juta, kedudukan sebagai menteri serta pelbagai insentif lain. – HARAKAHDAILY 9/8/2021

- Advertisement -