Sidang Parlimen akan diadakan secepat mungkin

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sehubungan itu, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

- Advertisement -

“Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. – HARAKAHDAILY 2/7/2021

- Advertisement -