Dunia masih bergegar dengan igauan roket HAMAS

- Advertisement -

SEBELUM ini saya menulis betapa ledakan roket-roket kecil HAMAS berjaya mengegarkan dunia apabila berlaku gencatan senjata di Palestin, negara-negara Arab termasuk Mesir mula lunak, Amerika Syarikat sendiri berlembut sehingga HAMAS tidak lagi dicap sebagai pengganas tetapi rejim haram Israel pula dilabel Kerajaan Apartheid dan mengamalkan pembersihan etnik.

Dunia keluar menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, kali ini bukan hanya dunia Islam tetapi juga negara Eropah dan Amerika Syarikat. Demikianlah hebatnya kuasa dan pertolongan Allah S.W.T.

- Advertisement -

Rupanya ledakan roket-roket HAMAS itu masih menggegarkan dunia sehingga ke saat ini. Hari ini kita menerima laporan Perdana Menteri (PM) rejim haram Israel Netanyahu dijangka disingkirkan sebagai PM. Pemimpin pembangkang Israel Yair Lapid dari parti Yesh Atid diarahkan Presiden Israel untuk membentuk Kerajaan Campuran baru menggantikan Kerajaan Likud pimpinan Benjamin Netayanhu yang berkuasa sejak 12 tahun lalu.

Walaupun parti Likud pimpinan Netayanhu memenangi Pilihan Raya Israel namun beliau gagal membentuk Kerajaan Campuran apabila parti-parti yang sebelum ini bersekutu dengannya enggan membentuk kerjasama.

Kerajaan yang baru perlu mendapat sokongan majoriti di Parlimen Israel Knesset sebelum disahkan. Knesset dijangka bersidang dalam tempoh 7 ke 12 hari. Jika disahkan maka tumbanglah Netanyanhu, hebat sungguh perancangan Allah S.W.T.

Dengan satu demi satu kejayaan ini wajarlah kita mengucapkan tasbih dan meminta keampunan dari Nya. Sedar dan insaflah bahawa jika Palestin pun boleh berjaya, apatah lagi kita dengan izin Nya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 4/6/2021

- Advertisement -