Kemenangan berganda HAMAS dan Palestin

- Advertisement -

PENGISYTIHARAN Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Donald Trump sia-sia. Normalisasi negara-negara Arab dengan Israel tidak menjejaskan semangat juang rakyat Palestin dan mereka terus berjuang dalam keadaan mereka sedar tiada orang akan membantu mereka. Tidak sama dengan intifadah atau peperangan sebelum ini. Dalam masa yang sama ia juga memalukan negara-negara yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Tidak akan berlaku keamanan antara orang Palestin dan Yahudi di negara haram Israel. Keamanan hanyalah angan-angan. Bahkan selepas perang kali ini hubungan antara orang Palestin dengan Yahudi akan menjadi lebih buruk.

- Advertisement -

Israel tiada apa yang baru untuk mengejutkan HAMAS bahkan HAMAS mengejutkan Israel dengan roket jarak jauh Ayyash 250 dan sekarang tiada tempat di Israel yang tidak boleh diserang HAMAS.

Kejayaan kempen media sosial yang berpihak kepada Palestin merugikan Israel. Hashtag Gaza Under Attack jauh lebih banyak dari Israel Under Attack.

Imej Israel jatuh merudum di peringkat Antarabangsa kerana mereka menyerang bangunan awam termasuk banguna media Antarabangsa, rumah orang awam, membunuh kanak-kanak dan lain-lain jenayah perang.

Imej yang cuba ditonjolkan oleh Israel bahawa ia negara keempat terkuat di dunia dan terkuat di Timur tengah hancur lebur. Kesimpulannya langsung tiada kemenangan bagi Israel pada perang kali ini sama ada dari segi taktikal dan strategi, imej, ekonomi dan lain-lain.

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 21/5/2021

- Advertisement -