Kondisi kesihatan Presiden PAS stabil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mengenai kondisi kesihatan semasa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan stabil.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kesihatan Presiden PAS itu terjejas mungkin disebabkan kepenatan.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi.

“Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat,” ujarnya melalui hantaran di Facebook, miliknya pada pagi ini.

Justeru, Ustaz Khalil memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar mendokan kesihatan ayahandanya itu.

- Advertisement -

“Semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” ujarnya.

Semalam, Tuan Guru Abdul Hadi dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya pada jam 7.50 malam akibat sesak nafas.

Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.

Doktor telah memaklumkan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan dan membuat swab test di situ.

Pada jam 9.25 malam, beliau telah dibawa dengan ambulans ke IJN. – HARAKAHDAILY 16/2/2021

- Advertisement -