Pendidikan tinggi perlu hala tuju sesuai pekerjaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mendedahkan landskap hala tuju pendidikan tinggi yang bersesuaian dengan keperluan pekerjaan terkini, demikian gesa Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar).

Beliau merakamkan tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kerana telah mengadakan sesi libat urus berkaitan.

- Advertisement -

“(Sesi libat urus tersebut) yang melibatkan untuk pemahaman tentang landskap dan hala tuju pendidikan tinggi untuk synchronize (menyelaraskan) dengan pekerjaan bagi garis panduan untuk landasan hala tuju pendidikan tinggi 2024.

“Boleh saya tahu apa output (hasil) yang dapat daripada libat urus tersebut dan juga subjek-subjek apa yang sesuai yang dimaksud yang bertepatan dengan keperluan pekerjaan sekarang,” ujar beliau.

Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, beliau akan tumpukan apa yang MITI akan laksanakan termasuk apa yang telah disebut iaitu pembaharuan pasaran buruh.

“Termasuk untuk menaikkan gaji mengurangkan pekerja asing tanpa berkemahiran dan juga memastikan lebih ramai bakat dari semua bidang supaya mereka boleh bekerja di Malaysia dalam sektor-sektor yang kita memerlukan mereka,” jawab beliau. – HARAKAHDAILY 12/3/2024

- Advertisement -