DALAM beberapa hari ini, perkembangan di Timur Tengah begitu meruncing sekali yang menjurus kepada pertembungan yang lebih besar antara mihwar al-Tatbi’ (Orbit Normalisasi) yang diketuai oleh Zionis Israel serta sekutunya dan mihwar al-Muqawamah (Orbit Penentangan) yang diketuai oleh Iran dan sekutunya.
Serangan balas Iran ke atas negara haram Israel pada Sabtu 13 April lalu sebagai respon serangan bacul Zionis Israel ke atas bangunan Konsulat Iran di Damsyik pada 1 April adalah kunci kepada lembaran baharu konflik di Timur Tengah. Tidak lama selepas itu Zionis Israel pula menyerang balas ke atas Isfahan dan Tabriz di Iran termasuk juga di Syria dan Iraq. Namun serangan ini dianggap oleh Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahain umpama kanak-kanak nakal yang ‘baling batu lalu menyembunyikan diri’. Inilah sikap Zionis Yahudi yang terkenal sebagai bangsa bangsat dan pengecut sentiasa berselindung di sebalik kejahatan yang mereka lakukan.
Perlu ditegaskan bahawa sebarang serangan ke atas misi diplomatik sesebuah negara adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan dianggap sebagai pencerobohan ke atas sesebuah negara. David Cameron, Setiausaha Luar Britain, mengakui semasa wawancaranya dengan Sky News baru-baru ini bahawa Britain akan mengambil “tindakan tegas” terhadap mana-mana negara yang menyerang konsulatnya.
Kenyataan sebegini mengejutkan apatah lagi Britain dan negara-negara Barat langsung tidak mengecam tindakan rejim Zionis Israel yang menyerang Kedutaan Iran di Syria dan sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mewajarkan pelanggaran undang-undang antarabangsa rejim Zionis Israel dengan merujuk kepada hubungan Iran dengan Hamas dan Hizbullah.
Rentetan daripada itu disertakan di bawah beberapa perkara penting perkembangan baharu yang berlaku:
Peralihan perang proksi kepada perang langsung
Sebelum ini pertembungan yang berlaku antara kedua-dua kelompok ini adalah dalam bentuk ‘tersembunyi’ serta melalui proksi masing-masing. Iran menggunakan proksinya iaitu Hizbullah, Hamas, Jihad Islami, al-Hasyd al-Sya’bi dan Ansarulullah manakala Zionis Israel menyerang ‘secara bersembuyi’ kepentingan Iran di Syria, Iraq, Lubnan dan Yaman.
Namun operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas pada 7 Oktober tahun lalu telah merubah segala-galanya. Rupa-rupanya negara haram Israel umpama sarang labah-labah yang begitu lemah sekali. Sehingga ke saat ini, tentera Zionis Israel yang digembar gemburkan sebagai tentera yang tidak dapat dikalahkan terus gagal untuk mengalahkan Hamas. Gaza yang hanya sebuah wilayah kecil gagal ditundukkan oleh negara kuasa nuklear Zionis Israel.
Tidak lama selepas itu Hizbullah di Lubnan dan Ansarullah di Yaman membuka medan pertempuran baharu. Ratusan roket dilancarkan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Gaza.
Justeru demi untuk menyelamatkan diri dan menjaga air mukanya, negara haram Israel cuba menarik negara lain berperang bagi pihak dirinya. Inilah sikap Yahudi yang telah didedahkan oleh al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu seperti dalam ayat 13 dan 14 surah al-Hasyr.
Lobi Zionis Yahudi menguasai Amerika Syarikat
Konflik yang berlaku mendedahkan wajah sebenar Amerika Syarikat dan Barat terhadap rakyat Palestin. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak ada nilai walaupun satu sen. Laungan hak asasi manusia dan kesamarataan hanyalah omong kosong sahaja. Satu persatu tindakan Amerika Syarikat mendedahkan siapakah di belakang tabir yang menguasai tindak tanduk pemerintahan White House terhadap Dunia Islam, tidak lain dan bukan Zionis Yahudi.
Pada 18 April lalu, Amerika Syarikat menggunakan undi vetonya menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk memberikan keahlian penuh dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Ini tidak termasuk menggunakan undi vetonya beberapa kali untuk menolak gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Beberapa hari sebelum ini Kongres Amerika Syarikat meluluskan bantuan ketenteraan sebanyak AS$95 billion kepada negara-negara sekutunya khususnya Zionis Israel.
Hakikatnya Amerika Syarikat dikuasai oleh Zionis Yahudi yang menentukan segala polisi luar negara dan pertahanan khususnya di Timur Tengah. Justeru tidak pelik Zionis Yahudi bermaharajalela membunuh dan membantai rakyat Palestin tanpa segan dan silu. Apa yang berlaku mempercepatkan lagi kehancuran mereka di tangan hamba-hamba Allah yang beriman sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi SAW yang banyak.
Hari ini masyarakat antarabangsa mulai meragui kewujudan negara haram Israel dan tidak lagi segan silu mengutuk kekejaman Zionis Yahudi. Benteng yang runtuh ini menggerunkan Zionis Yahudi kerana pekong mereka sudah terdedah.
Apa selepas ini?
Pada 17 Februari lalu, Tzachi Hanegbi, Penasihat Keselamatan negara haram Israel, menegaskan, “Kami melancarkan perang di tujuh kawasan, Judea dan Samaria (istilah Yahudi untuk Tebing Barat), Gaza, Lubnan, Syria, Iran, Iraq dan Yaman.”
Di utara, pertempuran rentas sempadan antara rejim Zionis Israel dengan Hizbullah di Lubnan semakin meruncing dan dijangka akan tercetus perang besar-besaran pada bila-bila masa. Sejak Oktober tahun lalu, kumpulan Houthi di Yaman telah menyerang kapal-kapal yang melalui Laut Merah dan Teluk Aden untuk ke negara haram Israel dan tidak akan menghentikan serangan melainkan perang ke atas Gaza ditamatkan.
Di Syria, regim Zionis Israel berulang kali melancarkan serangan udara ke atas kepentingan mihwar al-Muqawamah. 20 April lalu, satu serangan udara dilancarkan ke atas pengkalan tentera Kalsu di wilayah Babil, selatan Baghdad, Iraq yang diduduki kumpulan pejuang Iraq PMF yang telah menyebabkan kemusnahan besar ke atas kem tentera tersebut.
Dalam masa yang sama Amerika Syarikat dan Britain dilihat turut serta dalam peperangan ini dengan melancarkan serangan ke atas Yaman, Iraq dan Syria khususnya ke atas kumpulan Houthi, kumpulan pejuang Iraq dan Syria sebagai usaha untuk menangkis serangan bertali arus ke atas negara haram Israel.
Jika dilihat skala serangan rejim Zionis Israel dalam konflik kali ini, ia sangat jelas bahawa sebenarnya ia bukan hanya alasan untuk menumpaskan HAMAS semata-mata tetapi lebih kepada untuk mengukuhkan cengkaman ke atas dunia Islam dan perlaksanaan The Greater Israel yang dengan “secara sengaja” akan mencetuskan perang yang lebih besar di Timur Tengah dengan mengheret pihak lain khususnya Barat dan secara tidak langsung negara-negara Arab untuk terbabit sama dalam perang kali ini.
Sejak Oktober tahun lalu sehingga ke hari ini, rejim Zionis Israel gagal menewaskan Hamas. Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan negara haram Israel, ia berhadapan dengan serangan langsung yang telah menimbulkan ketakutan yang amat sangat kepada pemimpin Zionis Israel dan pendatang haram Yahudi hingga ketika ini menyebabkan ramai pendatang haram Yahudi berpusu-pusu meninggalkan negara haram Israel.
Namun sebenarnya keberadaan negara haram Israel di Timur Tengah adalah amat penting buat Barat kerana rejim Zionis Israel adalah proksi utama Barat serta pelaksana utama polisi mereka di rantau tersebut. Adalah amat penting kepada Barat untuk terus menjamin keberadaan negara haram Israel kerana Timur Tengah adalah amat penting buat mereka baik dari sudut ekonomi mahupun geopolitik dunia.
Peningkatan pengaruh dan kekuasaan geopoltik Rusia dan China di kalangan negara-negara utama Timur Tengah dan sokongan kuat ke atas Iran telah menyebabkan pengaruh Barat dan negara haram Israel semakin tenggelam. Perang kali ini telah menyerlahkan kekuatan mahu pun sokongan ke atas Iran dan secara tidak langsung Rusia di kalangan majoriti penduduk Timur Tengah telah menimbulkan ketakutan kepada Barat.
Ancaman perang di seluruh Timur Tengah kini sangat nyata. Gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza mahupun menamatkan penjajahan regim apartheid Zionis Israel ke atas Palestin adalah satu-satunya cara untuk meredakan keadaan dan menstabilkan kembali keadaan geopolitik di rantau ini.
Sebagaimana kata Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei pada Hari Al Quds yang lalu, “ Israel adalah tumor barah yang menunggu masa untuk musnah ”.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk rakyat Palestin moga tidak lama lagi mereka berjaya mencapai kemenangan dan kemerdekaan dengan izin Allah. Sebagaimana ungkapan pahlawan terkenal ketika ini iaitu Abu Obaida “ Jaga wuduk, jaga solat kalian, Insya-Allah kita akan solat di Masjid Al-Aqsa tidak lama lagi”. – HARAKAHDAILY 26/4/2024
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.