Keselamatan siber jadi isu utama

Wan Hassan Mohd Ramli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Capaian isi rumah di Malaysia kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menunjukkan peningkatan sebanyak 97.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun).

- Advertisement -

“Didik anak-anak kamu mengikut zaman mereka, bukan mengikut zaman kamu. Daripada apa yang disebutkan dari zaman perbezaan antara zaman generasi sekarang dengan generasi terdahulu adalah berkait dengan penggunaan ICT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya, salah satu daripada pembangunan yang meningkat adalah dari sudut penggunaan teknologi maklumat.

“Selain itu, perkara yang dari sudut melibatkan keruntuhan kepada pembangunan mampan adalah dari segi komputer, telefon pintar dan lain-lain. Perkara ini juga mesti diberikan perhatian dan fokus,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, perkara itu yang mudah berlakunya jenayah siber, serangan siber dan keganasan siber.

“Oleh itu, isu keselamatan siber merupakan isu utama terkini kerana ia melibatkan seluruh struktur masyarakat dan negara.

“Keselamatan siber ialah amalan melindungi sistem ketersambungan internet yang melibatkan perkakasan, perisian dan data keselamatan siber,” katanya.

Justeru, katanya, perkara itu perlu menjadi fokus yang diberikan keutamaan supaya sentiasa meletakkan di bawah perlindungan yang penting. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -