Kelantan sentiasa hargai sumbangan penjawat awam

Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Penjawat awam di Kelantan menerima bantuan khas kewangan yang diumum pada akhir November tahun lalu sebanyak RM2,000 dianggap sebagai bonus hari raya.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ‘bonus raya’ dibayar Februari lepas, agak dekat dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, bantuan berkenaan dimanfaat penjawat awam negeri untuk menyambut Ramadan dan hari raya.

“Jadi untuk hari raya tahun ini tiada lagi bonus raya kerana bonus yang diumum Menteri Besar Datuk Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud hanya baru diterima.

“Kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam. Insya-Allah, kalau keadaan ekonomi semakin baik, kerajaan boleh fikirkan insentif lain selepas ini,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf anjuran Yayasan Petronas petang semalam.

Pada 23 November lepas Menteri Besar mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 sebanyak RM2,000.

Bantuan itu disalurkan pada Februari 2024 depan melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta.

Sementara itu, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, sebanyak 550 keluarga dari 11 jajahan di Kelantan menerima sumbangan barangan makanan asas bernilai RM110,000.

Katanya, keseluruhan bantuan di Pantai Timur Yayasan Petronas memperuntuk RM270,000 membabitkan 1,350 keluarga.

“Setiap keluarga terpilih menerima beras, bihun, minyak masak, kari ayam dalam tin, sardin, gula, tepung gandum, garam, serbuk minuman coklat dan teh,” katanya.

Tambahnya, sumbangan berkenaan diberi bagi menampung keperluan golongan terbabit. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -