Ajak generasi muda ceburi bidang juruukur

Jamaludin Yahya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerjaya juruukur kurang dikenali oleh generasi hari ini, namun sumbangan dalam pembangunan negara sangat besar dan mengagumkan, kata Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak).

“Jika tidak kerana kelebihan yang Allah SWT berikan kepada mereka ini, nescaya kita berada di atas muka bumi ini penuh dengan kebimbangan. Bahkan kestabilan kedudukan bangunan dan cerapan hilal di bulan Ramadan ini, juga antara sumbangan oleh juruukur ini.

- Advertisement -

“Oleh demikian, saya ingin meneruskan kepada isu utama untuk membuka ruang minda dan mengajak generasi muda di luar sana untuk menceburi bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau sangat menyokong secara rasional dalam pemindaan RUU ini memandangkan telah sekian lama pindaan tersebut tidak diubah dan dipinda mengikut kesesuaian keadaan pada kini.

“Terutamanya seperti memasukkan Seksyen baru 19(a) ke dalam Akta 458 yang membenarkan apa-apa rekod dan data ukur atau apa-apa dokumen yang dikehendaki.

“Perkara ini untuk dikemukakan atau diberikan dibawah Akta 458 atau peraturan-peraturan yang dibuat dibawah akta ini supaya dikemukakan atau diberikan melalui perantara elektronik atau secara penghantaran elektronik.

“Oleh demikian, ianya sangat bersesuaian dengan perkembangan teknologi hari ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/3/2024

- Advertisement -