Soleimani-Abu Mahdi: Iran, Iraq adakan perarakan maritim bersama 

Perarakan maritim bersama Iran dan Iraq diadakan di laluan air antarabangsa Arvand bagi memperingati Qassem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis yang mati syahid pada 3 Jan 2020. (FOTO: MNA) FOTO: MNA)
- Advertisement -

TEHRAN: Pasukan pengerahan sukarela dari Iran dan Iraq akan menghadiri perarakan maritim bersama di sebuah sungai yang terletak di sempadan kedua-dua negara sempena ulang tahun kematian syahid  Lt. Jeneral Qassem Soleimani.

Perarakan maritim bersama itu akan diadakan di laluan air antarabangsa Arvand pada Rabu (3 Januari) ini sempena ulang tahun keempat Soleimani dan komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis yang mati syahid pada tahun 2020.

- Advertisement -

Perarakan itu akan merangkumi perarakan kapal-kapal pasukan penggembleng kedua-dua  Iran dan Iraq.

Acara itu akan diadakan di bawah naungan Komando Zon Tentera Laut Ketiga Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRCG).

Qassem Soleimani (kiri) dan Abu Mahdi al-Muhandis terkorban di Iraq pada 3 Jan 2020 akibat serangan dron Amerika Syarikat. (FOTO: Kurdsat English)

Soleiman, bekas komander Pasukan Quds IRGC yang sedang dalam lawatan rasmi ke ibu negara Iraq pada 3 Jan 2020, terkorban angkara serangan dron Amerika Syarikat  berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Serangan itu turut mengorbankan al-Muhandis, yang ketika itu merupakan komander kedua kumpulan anti-keganasan Unit Mobilisasi Popular (PMU) Iraq, bersama-sama beberapa individu yang lain dari kedua-dua negara tersebut.  HARAKAHDAILY  1/1/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!