Kecewa RUU Kawalan Produk Rokok tidak diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) meminta kerajaan menyatakan kewajaran usaha Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 tidak diteruskan.

Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan serta mengariskan kemungkinan termasuk wujud golongan bekepentingan.

- Advertisement -

Katanya, RUU itu penting untuk memastikan generasi penamat ‘generational end game’ (GEG) tidak lagi tertagih dengan produk tembakau dan merokok.

“Minta kerajaan menjelaskan kenapa RUU ini tidak diteruskan, adakah kerana pengaruh pelobi-pelobi yang terlalu kuat untuk memotong GEG atau generasi penamat rokok.

“Atau adakah sebenarnya tiada ‘political will’ daripada kerajaan Madani ini sendiri,” katanya pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Zulkafperi turut menyokong penuh usaha kerajaan meneruskan dan memperkemaskan lagi Agenda Nasional Sihat 2.0 yang dirintis sejak zaman Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, semua pihak menyedari bahawa Malaysia sedang memasuki era negara menua dan mempunyai kadar obesiti yang tertinggi dalam negara di Asia.

Selain itu, katanya pendekatan kerajaan hari ini, ‘whole nation approach’ bagi membudayakan amalan serta gaya hidup sihat wajar diberi pujian.

“Tetapi dimanakah kesungguhan ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah menggunakan kuasa veto.

“Keputusan ini untuk mengeluarkan cecair nikotin dari senarai bahan beracun dan sekarang nakotin itu bebas digunakan oleh sesiap sahaja tanpa sebarang akta kawalan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/11/2023

- Advertisement -