4 calon bertanding PRK DUN Kuala Kubu Bharu

Khairul Azhari Saut (tengah), calon PERIKATAN NASIONAL pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu.
- Advertisement -

HULU SELANGOR: Seramai empat calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei depan.

- Advertisement -

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan demikian di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.

Menurutnya, mereka yang disahkan bertanding ialah Khairul Azhari Saut daripada PERIKATAN NASIONAL, Pang Sock Tao (PH), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei manakala pengundian awal 7 Mei. – HARAKAHDAILY 27/4/2024

- Advertisement -