Kedah sasar kutip RM500,000 bantu rakyat Palestin

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) menyasar bagi mengutip sumbangan lebih RM500,000 untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat kezaliman Zionis Israel.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kutipan itu akan dibuat pada Himpunan Solidariti Untukmu Palestin bakal diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman, 12 Nov ini. 

- Advertisement -

“Program anjuran kerajaan negeri ini adalah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang dibantai kejam Zionis Israel. 

“Pada acara kemuncak sebelah malam, beberapa anak syarikat kerajaan negeri akan menyerah sumbangan untuk rakyat Palestin,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, semalam. 

Himpunan itu akan bermula jam 11 pagi itu diisi dengan pelbagai acara menarik, manakala  solat hajat dan pidato khas akan diadakan bermula jam 9 malam. – HARAKAHDAILY 9/11/2023

- Advertisement -