Penambahbaikan tandas setaraf fasiliti RnR 

Haziq Asyraf (tengah) pada majlis penyerahan fasiliti baharu tandas Majlis penyerahan tandas baharu oleh Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Padang Besar, Perlis.
- Advertisement -

PADANG BESAR: Kerajaan negeri komited melaksanakan penambahbaikan fasiliti pelancongan sejajar Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025, yang termasuk tandas baharu di Santuari Ikan Air Tawar bagi memastikan keselesaan pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beseri, Haziq Asyraf Dun berkata, penambahan fasiliti tandas tersebut setaraf dengan tandas di Rehat dan Rawat (RnR).

- Advertisement -

“Alhamdulillah, fasiliti tandas baharu ini setaraf dengan tandas di Rehat dan Rawat (RnR) dan kebersihan serta keselesaan tandas  adalah tanggungjawab bersama untuk dijaga agar sentiasa bersih dan selesa.

“Sebelum ini, tandas ada tapi kurang selesa dan gelap, kemudahan air dan elektrik untuk tandas baharu ini pun dah lengkap jadi sudah boleh digunakan,” katanya di sini.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kebersihan dan keselesaan tandas menjadi tanggungjawab bersama agar sentiasa bersih dan selesa.

Majlis penyerahan fasiliti tandas baharu dilakukan oleh Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pengunjung.

Sehubungan itu, Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh merupakan tarikan utama pelancong yang ingin menikmati cabaran memancing di tasik sambil menikmati panorama indah alam semula jadi tasik. 

Tasik seluas 20 kilometer persegi itu juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi air yang santai dan menenangkan seperti aktiviti bot ronda dan perkhemahan.

“Penambahbaikan fasiliti pelancongan ini dijangka dapat meningkatkan lagi bilangan pelancong yang mengunjungi Perlis dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada mereka yang berkunjung ke Santuari Ikan Air Tawar,” katanya.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -