Skop TVET tingkat pelbagai kemahiran pelajar

Wan Roslan (tengah) menerima kunjungan Faizah di pejabatnya, di Kota Bharu pada hari ini, 5 Feb 2024.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Skop Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) amat diperlukan bagi meningkatkan pelbagai kemahiran khususnya dalam kalangan pelajar.

TVET juga adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. 

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, bagi memberi kesedaran berhubung perkara, beliau menerima kunjungan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Faizah Harun di pejabatnya, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Mohd Mukhlis Muktar.

“Banyak perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini  berkaitan  TVET. Ia merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional,” ujar Wan Roslan.

Menurut beliau lagi, kaedah ini juga bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. 

“Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri,” katanya.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!