Rusia bertindak balas jika AS tempatkan senjata nuklear di UK

Wakil tetap Moscow ke PBB, Gannady Gatilov.
- Advertisement -

MOSCOW:  Rusia berikrar untuk bertindak balas sekiranya Amerika Syarikat meneruskan  rancangannya untuk menempatkan senjata nuklear di Britain.

Amaran itu dikeluarkan oleh Gennady Gatilov, wakil tetap Moscow ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di saluran TV negara itu, Russia-24, lapor Newsweek pada Isnin.

Beliau berkata, Moscow sedang memantau perancangan Washington untuk menggunakan senjata nuklearnya di Britain.

- Advertisement -

“Kami bercakap tentang kemungkinan pengaktifan semula pangkalan udara dengan senjata nuklear Amerika Syarikat di Great Britain,” kata Gatilov.

“Terdapat juga perbincangan tentang kemungkinan menghantar senjata nuklear ke negara-negara Baltik, ke Poland. 

“Semua ini mewujudkan keadaan tegang. Kami memantau bagaimana perkembangan ke arah ini. Sudah tentu, jika ini berlaku, Rusia akan dipaksa untuk bertindak balas terhadap perkara ini dengan sewajarnya,” katanya.  HARAKAHDAILY  6/2/2024