MPKK tunai amanah tanpa mengira fahaman politik

Majlis Percambahan Idea bersama Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim di Dewan Bonda, Tambun Tulang, Kangar, Perlis.
- Advertisement -

KANGAR: Amanah sebagai pemimpin masyarakat perlu dijaga dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, tanggungjawab dan amanah kepimpinan Majlis Pembangunan dan Kesematan Kampung (MPKK) wajib ditunaikan dengan sebaik mungkin. 

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Percambahan Idea bersama Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim di Dewan Bonda, Tambun Tulang baru-baru ini melibatkan wakil dari seluruh MPKK di Parlimen Arau. 

Sementara itu, Dato’ Seri Shahidan Kassim menyentuh perkara berkaitan politik semasa termasuk kenaikan kos sara hidup, impak terhadap pendapatan rakyat dan kebajikan masyarakat.

Beliau menekankan, semangat setiakawan dalam parti gabungan Perikatan Nasional (PN) yang perlu diperkukuhkan. 

Sebelum majlis, MPKK Kampung Paloh turut melibatkan diri dalam gotong-royong menampal lubang di jalan utama dari Kampung Sena, Paloh ke Simpang 3 Guar Sanji.

“Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa MPPK dan komuniti Paloh yang mengambil inisiatif menangani sementara kerosakan di jalan kampung,” kata Ridzuan.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -