Kampung Warisan model kenali kebudayaan masyarakat Tionghua 

Wong Zhia Zhen (tengah) merasmikan Lampu Hiasan Tanglung Naga di Alor Setar, Kedah.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kampung Warisan Kebudayaan San Sheng bakal disemarakkan dengan hiasan gemerlapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan NGO, Wong Chia Zhen berkata, situasi itu untuk mengajak rakyat Kedah merasai suasana sambutan Gong Xi Fa Cai di Kampung Warisan terbabit.

- Advertisement -

“Kampung Warisan ini akan dihiasi elemen kebudayaan, bunga-bungaan serta pelbagai lampu bertujuan menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini. 

“Malah ia juga diadakan untuk membangkitkan suasana agar semua rakyat di Kedah ini tanpa mengira bangsa meraikannya,”  kata beliau ketika merasmikan Lampu Hiasan Tanglung Naga di sini, pada Ahad. 

Kampung Warisan Kebudayaan San Sheng yang terletak di Tanjung Bendahara itu berkeluasan antara 9,000 kaki persegi akan dihias sebagai persediaan menerima kedatangan pengunjung untuk merakamkan ‘moment’ indah sempena perayaan itu terutama di waktu malam.

Dalam pada itu, anak-anak Kedah di perantauan diseru agar pulang ke kampung halaman meraikan hari bahagian itu bersama keluarga. 

“Jangan lupa ibu bapa di rumah. Balik kampung dan raikanlah perayaan ini bersama-sama mereka,” tambah Wongi. 

Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim itu mengalu-alukan kehadiran semua bersama keluarga ke Kampung Warisan Kebudayaan San Sheng kerana inilah peluang terbaik untuk mengenali kebudayaan masyarakat Tionghua.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -