Jelajah Selamatkan Malaysia di Bangi malam ini

- Advertisement -

BANGI: Orang ramai diseru menyertai siri ceramah Jelajah Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di seluruh negara bermula di Dewan D Mawaddah, di sini pada jam 9 malam ini berjudul, Kuala Kubu Bharu (KKB) Signal Rakyat.

- Advertisement -

Dalam kenyataannya, program anjuran Jabatan Penerangan PAS dengan kerjasama Harakah ini dijadualkan akan dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan juga atas talian.

Siri pertama jelajah kali ini akan diisi dengan ceramah jemputan khas yang terdiri daripada barisan pimpinan Perikatan Nasional terdiri daripada Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari; dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

“Sebagai rakyat yang cakna dan sedar, ayuh ramai-ramai turun ke lokasi yang ditetapkan pada hari Jumaat (17 Mei 2024) ini!

“Anda juga boleh menonton secara langsung di platform Harakahdaily,” ujar kenyataan tersebut. – – HARAKAHDAILY 17/5/2024

- Advertisement -