Mohamad Sabu elak jawab soalan panas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu, mengelak untuk menjawab soalan mengenai ketiadaan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran dengan memberi alasan bahawa soalan tambahan yang dikemukakan tidak berkaitan soalan asal.

Sebelum itu, Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mencelah mempersoalkan inisiatif kerajaan untuk menangani krisis ketiadaan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran.

- Advertisement -

Beliau membangkitkan input pertanian dan subsidi padi yang kerajaan berikan, tetapi gagal meningkatkan pendapatan petani serta harga padi tidak seimbang antara pengilang.

“Isu ini bukan sahaja bekaitan Sarawak, tetapi soalan ini mengenai pertanian yang boleh dikaitkan dengan Semenanjung Malaysia, saya tertarik dengan soalan bekalan beras.

“Sekarang isu beras putih tempatan tiada di pasaran tempatan sudah menjadi buah mulut, menteri kena jawab,” kata ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah itu turut mempersoalkan varieti padi oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mampu meningkat hasil serta kalis perosak.

Beliau berkata, kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan menjadi kawasan perintis projek penanaman padi lima kali dua tahun seluas 30,000 hektar bulan lalu.

“Bagi meningkatkan hasil padi, aspek serangan makhluk perosak perlu diberikan perhatian. Adakah Mardi membuat penyelidikan terkini untuk mewujudkan baka yang dapat mengatasi serangan perosak.

“Menteri mengumumkan hasrat penanaman padi di Mada sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun, apakah varieti yang sesuai memenuhi kehendak itu supaya petani dapat meningkatkan hasil tuaian,” katanya.

Dr Abd Ghani Ahmad

Bagaimanapun, Mohamad berkata: “soalan ini tiada kena mengena dengan soalan asal yang dikemukakan, jadi saya tidak jawablah, cuma hal benih padi itu baru saya akan jawab secara bertulis,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Dato’ Henry Sum Agong (PH-Lawas), Mohamad berkata dua projek pembangunan padi dilaksanakan di Sarawak.

Katanya, peruntukan RM3 juta yang diberikan memanfaatkan lebih 19,000 pesawah di Tanjung Purun dan Lundu serta pembangunan industri padi dan beras di Serian, Sri Aman dan Bario. – HARAKAHDAILY 10/10/2023

- Advertisement -