Sidang Parlimen yang memalukan!

- Advertisement -

SEMALAM aku menyaksikan satu perkara yang amat memalukan. Seriously memalukan.

Perdana Menteri secara terbuka menuduh Ahli Parlimen Putrajaya dengan tuduhan salah guna kuasa. Dia sebut spesifik ‘you buat perkara tu’ kepada Ahli Parlimen Putrajaya.

Tuduhan ini tanpa bukti, tanpa siasatan, tanpa dakwaan di mahkamah, tanpa sabitan kesalahan.

Senang cerita Perdana Menteri ambil alih tugas Polis, Pendakwaraya dan Mahkamah.

Bila Ahli Parlimen Putrajaya bangkitkan Peraturan 36(6) iaitu ‘Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain’, Speaker membuat ruling berdasarkan kepada keyakinan. Speaker kata, Perdana Menteri yakin dengan apa dia sebut, maka teruskan berucap.

Jadi lepas ini adakah apa-apa tuduhan dan sangkaan jahat datang dengan keyakinan akan dibolehkan?

Kalau macam itu pinda lah Perkara 36(6) masukkan tambahan ‘….kecuali dengan keyakinan yang jitu’.

Sebagai contoh, ‘Tambun dan Bagan Datoh kencing rakyat Malaysia, saya yakin dengan keyakinan yang jitu”.

Boleh kan?

Shame on you Speaker! Shame on you Prime Minister!

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/9/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid0mKheKZC7rqcDZ4q1fw7gYAC3KAFDS9HD2jWYiRWGLUGMiHNnZdXiSE1wBB5218Fjl/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -