Mek Habsah meninggal dunia

- Advertisement -

GOMBAK: Pelakon era 1980-an, Mek Habsah dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira jam 2.45 pagi hari ini, Isnin (11 Sept).

Allahyarham Mek Habshah atau nama sebenarnya, Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.

- Advertisement -

Perkhabaran itu telah dikongsi oleh cucu Allahyarham, Huraimi Hilman Iman melalui laman Facebook mililknya.

“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Telah kembalinya Habshah binti Bakar@ Mek Habshah kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung (Allah SWT). Setiap yang hidup pasti akan mati.

10.00 am (pagi) – Ziarah jenazah di Masjid Bilal bin Rabah Taman Koperasi Polis 1 (Gombak, Kuala Lumpur),” kongsinya dalam Facebook.

Difahamkan urusan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur, pada pukul 2.30 petang ini.

Terdahulu, Mek Habsah difahamkan sudah lama menderita sakit paru-paru dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan oksigen.

Allahyarham meninggalkan suami, Rahamis Hamid, 72, dua orang anak iaitu Rosmawaty dan Rosmarina serta 10 cucu.- HARAKAHDAILY  11/9/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!