Sultan Elneyadi pulang ke bumi

Sultan AlNeyadi mencipta sejarah sebagai angkasawan Arab pertama yang ditugaskan dalam misi angkasa lepas jangka panjang selama enam bulan di ISS. (FOTO: NASA)
- Advertisement -

DUBAI: Angkasawan rantau Arab pertama dalam misi angkasa lepas jangka panjang, Sultan Alneyadi dari  Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan seluruh misi Crew-6, angkasawan NASA Stephen Bowen dan Woody Hoburg serta angkasawan, Rocosmos Andrey Fedyaev, kembali ke bumi selepas tinggal selama enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pasukan dari NASA dan SpaceX sebelum ini pada hari Ahad (3 Sept) telah memberikan misi ‘Go’ untuk Crew-6 untuk membuka dok dari stesen angkasa selepas menghalang rancangan awal kerana cuaca buruk di bumi.

Namun, kapsul SpaceX mereka  berjaya dipayung terjun ke Atlantik di luar pantai Florida pada awal pagi hari ini, Isnin (4 Sept). 

- Advertisement -

(Kapal angkasa) Splashdown of Dragon disahkan – selamat datang kembali ke Bumi, Steve, @Astro_Woody, Andrey dan @Astro_Alneyadi!” ujar kenyataan SpaceX dalam akaun media sosial X.

Sebelum berlepas dari ISS, mereka berkata, kru mengidam untuk mandi air panas,  minum  kopi dan menikmati udara laut sejak tiba di situ pada Mac lalu, selepas menyaksikan kepulangan mereka tertangguh selama sehari kerana cuaca buruk di lokasi percikan.

Terdahulu, SpaceX telah melancarkan kru pengganti mereka di ISS sejak lebih seminggu yang lalu.

Satu lagi pertukaran kru di ISS  akan berlaku akhir bulan ini dengan kepulangan dua warga Rusia dan seorang warga AS yang telah lama ditunggu-tunggu yang telah berada di sana sepanjang tahun ini. 

Sultan Alneyadi dibantu keluar dari kapal angkasa SpaceX Dragon Endeavour di atas kapal pemulihan SpaceX MEGAN. (FOTO: NASA)

Penginapan mereka meningkat dua kali ganda selepas kapsul Soyuz mereka membocorkan semua penyejuknya dan kraf baharu terpaksa dilancarkan; yang mana di antara fasa pertukaran kru, ISS menjadi rumah kepada tujuh angkasawan.

Dalam pada  itu, Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed memuji pencapaian AlNeyadi, dan dalam siaran media sosial X dengan  berkata, “@Astro_AlNeyadi, rakyat UAE amat berbangga dengan anda dan seluruh pasukan kerana mencapai kemajuan besar dalam penerokaan angkasa lepas. 

Anda membawa impian sebuah negara ke sempadan baharu, dan kami meraikan perjalanan perintis anda dan pulang dengan selamat.”

Terdahulu, Pusat Angkasa Mohammed Bin Rashid (MBRSC) mengumumkan pagi Sabtu (4 Sept) bahawa jadual pulang AlNeyadi dari ISS telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang tidak baik.

AlNeyadi yang mencipta sejarah angkasawan Arab pertama yang ditugaskan dalam misi angkasa lepas jangka panjang dan yang pertama melengkapkan ‘spacewalk’ itu  akan menjalani beberapa hari ujian perubatan, penilaian dan taklimat misi di AS sebelum diterbangkan pulang ke UAE. – HARAKAHDAILY  4/9/2023

- Advertisement -