Serambi Makkah Kelantan: 10 tahun yang menguatkan

- Advertisement -

DARI Membangun Bersama Islam kepada Merakyat Membangun Bersama Islam.

Sebelum 1990, rata-rata masyarakat tidak pernah terfikir bahawa Islam boleh dijadikan asas kepada pentadbiran sebuah kerajaan.

Apatah lagi di sebuah negeri yang pernah digelar ‘Paris of Malaya’ kerana menjadi lubuk pelacuran, perjudian dan tempat maksiat.

Namun, PAS Kelantan berjaya mengubah persepsi tersebut apabila Dato’ Bentara Setia Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan dasar Membangun Bersama Islam di negeri serambi Makkah ini.

23 tahun pertama Kelantan melalui fasa pembinaan sehingga menjadi contoh buat negeri serta negara lainnya.

Seterusnya legasi pentadbiran tersebut diteruskan oleh Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Dato’ Mohd Amar sepanjang dua penggal menerajui kerajaan negeri.

Diperkenalkan Merakyat Membangun Bersama Islam.

Beliau memilih untuk memperkasakan lagi dasar MBI dengan melaksanakan cara dan pendekatan sedikit berbeza agar dasar itu dapat dihayati rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau juga menjadi perintis kepada hubungan erat Kerajaan Negeri dan Pusat.

Kunjungan demi kunjungan dibuat atas konsep federalisme yang menjadi titik tolak kepada pembangunan di Kelantan.

Dengan pendekatan yang diamalkan Ustaz Ahmad, Kelantan menerima banyak manfaat dalam pembangunan tanpa terurai dasar Islam yang menjadi kekuatan kerajaan negeri.

Maka 10 tahun ini Kelantan telah melalui fasa pengukuhan.

Dalam 10 tahun ini,
1. Kelantan berjaya pertahankan keharmonian kaum dan agama di sana.
2. Kelantan berjaya meneruskan rekod pentadbiran bebas rasuah selama 33 tahun.
3. Kelantan telah dan sedang melaksanakan pelbagai projek kemajuan pembangunan.
4. Kelantan diiktiraf mempunyai pengurusan cemerlang.
5. Kelantan terus menggerakkan pelbagai inisiatif kebajikan rakyat.
6. Kelantan melaksanakan semua manifesto yang dijanjikan.
7. Kelantan mencatatkan nilai tambah dalam pencapaian sektor pertanian.
8. Kelantan menggerakkan penyelesaian berterusan bagi mengatasi masalah air.
9. Kelantan merekodkan peningkatan bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
10. Kelantan meneruskan agenda pembangunan insan di setiap lapisan pendidikan.

Dan Kelantan terus kukuh dengan dasar-dasar Islam yang menjadi asas pentadbiran.

Selama 33 tahun mentadbir dan memerintah, Kelantan diuji dan ditekan. Namun Kelantan tetap berjaya meletakkan suatu anjakan paradigma.

Tahniah Kelantan! Tahniah barisan kepimpinan! Tahniah rakyat Kelantan!

Semoga Kelantan terus maju, rakyat sejahtera.

Sekian.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -