
DIULANG-ulang dan dihembus masuk ke dalam setiap telinga rakyat bagai mantera.
Setiap kali ada peluang bercakap dengan rakyat, mesti terselit kata-kata keramat ini.
Pesanan dan semangat buat anak muda juga ibu bapa yang sedang berjuang menyara keluarga.
Apa cita-cita terbesar YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor?
1. Menaik taraf Kedah bukan sahaja sebagai negeri jelapang padi, tetapi negeri industri berteknologi tinggi.
Kekayaan yang terkumpul di sebelah Pantai Barat Kedah yang bersempadan dengan Pulau Pinang mesti dibawa masuk ke bahagian tengah.
Setelah itu, limpahan ekonomi akan berlaku dan mengalir hingga ke kawasan Timur Kedah yang kebanyakannya masih bergantung kepada hasil ekonomi yang rendah.
2. Memperjuangkan pendidikan buat semua anak Kedah
Kitaran ekonomi akan terhenti jika rakyat masih terperangkap dalam putaran ganas kemiskinan. Hanya dengan pendidikan rakyat boleh mengubah nasib hidup mereka.
Usaha sehabis daya menjadikan Negeri Kedah mampu menyediakan tempat untuk belajar dan tempat untuk anak-anak pulang berbakti.
Pembangunan mesti berlaku agar peluang pekerjaan dapat dicipta.
The Greater Kedah 2035
Projek besar seperti Kedah Aerotropolis dan Kedah Rubber City ialah agenda yang telah disusun untuk membangun Kedah menjadi The Greater Kedah.
Misi beliau agar Kedah akan terus menjadi negeri untuk rakyat berteduh dan bersedia pada bila-bila masa menjadi tuan rumah yang menjemput orang-orang kaya datang menabur bakti.
KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi SiswaPAS – HARAKAHDAILY 17/8/2023











