Ulangi kejayaan kerajaan PN eksport telur

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mencabar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengulangi kejayaan kerajaan sebelum ini yang berjaya mengeskport telur ke luar negara.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan PERIKATAN NASIONALl (PN) ketika itu menyalurkan pelbagai bantuan kepada ladang milik rakyat di seluruh negara.

Menerusi kaedah itu, katanya pengeluaran telur negara melepasi kadar peratusan Tahap Sara Diri (SSL) bahkan lebihan bekalan tersebut dapat dieksport ke luar negara.

“Sebelum ini, bekalan telur boleh dieksport keluar negara dan sekarang kita terpaksa import pula. Saya faham kekangan pandemik, cuma kita ada perancangan ternak ayam menjadi lebih baik.

“Kita yakin akhirnya mampu eksport lebih banyak, jadi soalan apakah kerajaan ini meneruskan agenda ini sebab pemain sektor tidak menerima bantuan kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan tetap melaksanakan apa sahaja program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan lalu, termasuk memperkasakan sektor pertanian, penternakan dan nelayan.

“Ya, segala program yang baik kita akan teruskan, yang tidak baik kita akan hentikan, itu sudah menjadi dasar kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -