Bekas pemain bola sepak kebangsaan dirawat di HUSM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas pemain bola sepak Kelantan dan kebangsaan pada era 1970-an Apandi Yusof, 73, dilapor berada dalam keadaan kritikal sejak tiga hari lalu.

- Advertisement -

Beliau kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan difahamkan terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini meluangkan masa meziarahi Apandi di HUSM.

“Saya mendoakan semoga beliau diberikan kekuatan dan kesembuhan oleh Allah SWT,” ujarnya di sini.

Turut hadir Pegawai Khas Ahli Parlimen, Suhaimi Mat Zin dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan, Aziz Mahmood.

Menurut laporan media sebelum ini Apandi ditemui rebah dan separuh sedar di rumahnya Khamis lepas.

Sebelum itu, beliau datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan selepas kakinya bengkak. – HARAKAHDAILY 24/4/2024

- Advertisement -