Siasat MP Jelutong kelirukan Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan cuba mengelirukan Dewan Rakyat menyebabkan pembangkang mengemukakan usul supaya Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

- Advertisement -

Usul itu dikemukakan oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini, berkaitan wujud ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021.

Katanya, ramai pembahas pihak kerajaan menuduh keputusan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan darurat ketika pandemik menyebabkan pemerolehan ventilator terjejas.

“Tuduhan ini tidak tepat kerana `direct cost’ kepada ketirisan perolehan ventilator itu bukan salah darurat, tetapi tatacara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jadi siasat KKM.

“Kedua, tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir, kononnya beliau menghina raja ini tidak tepat seperti diterangkan dalam media Tun disiasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah, bukan hina raja.

“Jadi kenapa (Ahli Parlimen) Jelutong membangkitkan untuk menarik gelaran Tun daripada beliau kerana hal ini sahaja. Jadi saya minta Yang di-Pertua dewan ambil tindakan kalau boleh,” katanya.

Sementara itu Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya menerima surat dari Ahli Parlimen Machang pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan meneliti handsard terlebih dahulu sebelum membuat keputusan agar selaras Peraturan Dewan 36(6) dan 36(12).

“Saya telah menerima surat YB Machang pada jam 11 pagi tadi, suratnya cantik dan penjelasannya juga cantik, namun begitu saya akan melihat hansard dahulu.

“Selepas itu, saya akan buat ruling dan saya akan maklumkan kepada YB apakah tindakan selanjutnya supaya sesuai dengan standing order kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -