Elakkan penyahwartaan HSKLU di Selangor berulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim perlu mewujudkan garis panduan bagi sebarang bentuk pembangunan membabitkan tanah gambut di negara ini.

- Advertisement -

Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, ini bagi mengelakkan tindakan seperti penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) berulang kembali.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, kawasan tanah gambut seperti itu perlu dikawal kerana jika kawasan seluas kira-kira 700,000 hektar itu dinyahwartakan, ini bukan sahaja akan merugikan kerajaan, malah mengancam alam sekitar.

“Adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan garis panduan pembangunan untuk pastikan kawasan itu dapat dipelihara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini di sini.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata isu yang berlaku beberapa tahun lalu itu telah selesai selepas HSKLU diwartakan semula oleh kerajaan negeri empat hari lepas.

“Kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk mewartakan semula HSKLU yang mana mengikut kerajaan negeri, ia telah selesai empat hari lepas, jadi tidak timbul isu,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -