Siasatan di dunia biasa saja, akhirat lagi teruk – Sanusi

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu pihak polis akan mengambil keterangannya berkaitan isu Pulau Pinang milik Kedah di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman petang ini.

- Advertisement -

Ketika memberitahu media Menteri Besar berkata, kemungkinan keterangan akan diambil selepas mesyuarat Exco.

“Saya tak tahu pihak polis nak datang jam berapa, tapi saya perlu hadir mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelah pagi,” katanya.

Menurutnya beliau sedia disiasat dan sudah menyedia segala dokumen berkaitan untuk diserahkan kepada polis.

Malah kata beliau siasatan di dunia biasa sahaja, sebaliknya siasatan di akhirat lagi teruk.

Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkaitan kenyataan Menteri Besar Kedah isu pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang.

Ketika majlis menandatangi persempadanan laut dan darat antara Kedah dan Perlis baru-baru ini Sanusi memberitahu negeri itu tiada sempadan dengan Pulau Pinang dengan mengambil kira ia milik Kedah.

Dan pada 1 Jun lalu beliau menegaskan sedia mempertahankan isu tersebut walaupun dibawa ke mahkamah.

“Bukit Aman datang jumpa biasalah, mereka buat kerja mereka, saya buat kerja saya, jadi adillah,” tambah beliau.

Semalam, Setiausaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dato’ Noorsiah Saaduddin pada kenyataan media memaklumkan polis akan merakam keterangan Sanusi hari ini oleh pegawai penyiasat Bukit Aman.

Ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyerah kepada Peguam Negara berhubung kenyataan Sanusi terbabit.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap pandangan Menteri Besar Kedah itu tidak sepatutnya dilabel sebagai jenayah kerana ia sekadar pandangan sejarah awal Pulau Pinang milik Kedah. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -