Pelik Jualan Rahmah gula hanya di 2 daerah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jualan Rahmah untuk gula yang hanya dijual oleh dua syarikat pemborong di Kedah menyebabkan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Beliau turut mempersoalkan kriteria pemilihan syarikat pemborong dan kawasan Jualan Rahmah untuk jualan gula.

“Mengapakah hanya di dua daerah Jualan Rahmah gula dijalankan dan apakah kriteria pemilihan syarikat pemborong dan kawasan jualan tersebut dilakukan?

“Seterusnya, adakah kementerian bercadang untuk menambah jenis barangan yang tersenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan ketika luar perayaan. Adakah bilangan pegawai penguatkuasa mencukupi untuk membuat pemantauan seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh, berkata isu Jualan Rahmah bekalan gula di hanya dua daerah Kedah kerana terdapat banyak aduan bekalan gula tidak mencukupi di daerah berkenaan.

“Sebab kita tak nak lagi ada aduan tak cukup gula dan sebagainya. Apabila kita anggarkan 230,000 ribu orang yang bertumpu di Langkawi, jadi kita lakukan Jualan Rahmah gula di sana.

“Berkenaan SHMMP, tajuk dia ‘musim perayaan’. Jadi tak boleh buat luar perayaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -