Kadar tarif elektrik tinggi di Sabah Sarawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembekalan elektrik di Sabah dan Sarawak turut membabitkan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT) yang dikawal selia oleh Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.

- Advertisement -

Menerusi pindaan Akta 725, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mempersoalkan adakah kadar tarif elektrik juga akan dipantau oleh kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, faktor geografi kedua-dua wilayah itu termasuk pulau menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan berganda.

“Kebimbangan ini dan dibangkitkan oleh sebahagian kita ialah bila kita beri kelonggaran yang besar ini, kita bimbang tarifnya sangat tinggi berbanding semenanjung.

“Ini kerana dia tidak terikat dengan peraturan yang ada, jadi dengan keadaan ini memungkinkan bahawa akan wujud pelbagai operator tenaga khususnya di pulau-pulau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata lagi, pengalaman mengujungi Pulau Mabul menyaksikan terdapat sehingga tiga operator tenaga yang beroperasi menyediakan tenaga elektrik dan menjual pada harga yang berbeza.

Malah ujar beliau, penduduk terpaksa dan tiada pilihan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun terpaksa membayar pada nilai yang lebih tinggi. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -