Kelantan jadi sasaran sejak 1995 hingga sekarang

- Advertisement -

TUMPAT: Sejak 1995 sehingga sekarang, Kelantan menjadi antara sasaran pihak lawan bagi menarik simpati pengundi setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.

- Advertisement -

Malah pada era 1990-an, siri Kelantan Gerhana disiarkan media kerajaan bagi menghodohkan negeri diterajui PAS, namun gagal mendapat simpati rakyat.

Siri propaganda, fitnah dan surat sulit sering muncul dengan menyasarkan pemimpin PAS, namun usaha itu sebaliknya menambah kekuatan PAS sehingga mampu mentadbir Kelantan lebih 30 tahun.

Dan terbaharu ada aktivis parti lawan membongkar surat yang dianggap sulit, namun strategi itu tidak mengena kerana pemberian saguhati kepada kakitangan dan ahli Lembaga merupakan amalan biasa mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Isu yang diviralkan tersebut mendedahkan keadaan sebaliknya di negeri-negeri diterajui Pakatan Harapan, di mana elaun ahli Lembaga Pengarah syarikat GLC antara RM70,000 sehingga RM300,000 setahun.

Mengulas perkembangan tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelbagai isu dan surat tular menjadi mainan pihak lawan di media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, pendedahan surat tular di media sosial seperti yang berlaku terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) baru-baru ini bukan perkara pelik.

“Pihak terbabit cuba memberi gambaran tersebut bagi meletakkan premis kesalahan terhadap kerajaan negeri kerana memberi saguhati kepada ahli Lembaga AKSB.

“Sedangkan perkara itu amalan biasa kerana di semua negeri ahli lembaga GLC diberi saguhati sebagai menghargai sumbangan mereka,” katanya di sini.

Baru-baru ini diviral AKSB memberi saguhati kepada ahli Lembaga sebanyak RM10,000 menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -