Lebuh raya KKBK, LTU dapat diguna pertengahan 2026

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK) dan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada pertengahan 2026.

- Advertisement -

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, status semasa projek Lebuh raya KBKK sehingga April 2023 adalah 44.94 peratus sebenar berbanding 47.02 peratus unjuran, di mana enam projek dalam pembinaan dan dua telah siap.

Menurutnya, status semasa LTU jajaran Kuala Krai ke Gua Musang adalah 24.46 peratus sebenar berbanding 27.99 peratus unjuran.

Tambahnya, terdapat sepuluh kontrak LTU di i Kelantan di mana dua di peringkat perolehan, tujuh di peringkat pembinaan dan satu telah siap.

Katanya, kos keseluruhan projek KBKK dan LTU di i Kelantan sebanyak RM5.4 bilion.

KKR menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Fayhsal dalam soalannya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah perkembangan terkini projek pembinaan serta naik taraf lebuh raya-lebuh raya di negeri Kelantan seperti Central Spine Road 34. Berdasarkan pemerhatian, lebuh raya ini telah terlewat dari rancangan asal siap kerja.

Menurut kementerian itu, pihaknya telah mengenalpasti terdapat satu projek sakit di Kelantan iaitu KBKK Pakej 2B.

Katanya, kemajuan fizikal projek itu sehingga 30 April 2023 adalah 83.58 peratus sebenar berbanding 100 peratus unjuran.

Tambah KKR, tarikh penyiapan projek dalam kontrak adalah pada 7 Mac 2023 dan pihak kontraktor telah dikenakan denda Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan ataupun Liquidated Ascertained Damages (LAD) sebanyak RM5,058,389.00 sehingga 15 April 2023.

“Projek ini akan akan di bawa ke Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) bagi menentukan hala tuju projek,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -