Tidak guna sistem kesan warga emas tinggal bersendirian

Muhammad Ismi Mat Taib
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada masa ini tidak menggunakan sebarang sistem untuk mengesan golongan warga emas yang tinggal bersendirian.

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang membangunkan Sistem Warga Emas Nasional (Sistem e-WEN) bagi memenuhi keperluan untuk mempunyai sistem maklumat dan data bersepadu berkaitan warga emas.

“Sistem ini dirancang untuk berfungsi sebagai medium pendaftaran warga emas, suai padan aktiviti atau pekerjaan dan perkongsian maklumat serta menghasilkan pemetaan warga emas di negara ini pada masa hadapan sebagai langkah menyokong penuaan aktif dan produktif selaras dengan Dasar Warga Emas Negara,” ujar KPWKM dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib, semalam.

Muhammad Ismi dalam soalannya meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan satu sistem yang komprehensif dalam mengesan dan memantau golongan warga emas yang tinggal bersendirian di seluruh negara bagi memastikan kebajikan mereka tidak terabai.

Menurut KKM, dalam menyokong warga emas hidup sejahtera dan terus berada dalam persekitaran komunitinya termasuk yang tinggal bersendirian, JKM telah mewujudkan Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR@Home Help), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) dan Bantuan Warga Emas (BWE). – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -