Ramasamy tonjol kegagalan Kerajaan PH-BN

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengambil kira kenyataan P Ramasamy baru-baru ini mengenai ‘Perlu strategi kontra hegemoni terhadap PAS’ sebagai satu kenyataan yang tidak matang. Ramasamy yang juga merupakan Timbalan Menteri II Pulau Pinang seharusnya menasihati kerajaan dan Perdana Menteri ke-10 (PMX), supaya berfokus terhadap isu rakyat terutama permasalahan ekonomi yang sedang melanda negara. Berbanding mencari cara untuk menghapuskan hegemoni PAS terutama di Pantai Timur.

Umum mengetahui PAS merupakan satu Jemaah dan parti politik bukanlah sebuah Agama mengikut kefahaman sesetengah pimpinan DAP. Dasar PAS adalah Islam. Ia tidak mengganggu gugat perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini. PAS juga bukanlah sebuah parti yang tidak boleh menerima kewujudan masyarakat berbilang kaum. Sebagai bukti wujudnya Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang semakin hari semakin bertambah keahliannya.

Selain DHPP, PAS juga mempunyai satu Lajnah yang sentiasa menitikberatkan perpaduan antara kaum, iaitu Lajnah Perpaduan Nasional. DPPNJ merasakan ‘Kerajaan Madani’ perlu menyerlahkan keseriusan dalam melaungkan kebebasan bersuara. Bukan hanya menyekat suara-suara parti lawan agar mencapai maksud Politik Matang dan Sejahtera.

Justeru, DPPNJ menyatakan bersedia untuk bersama dengan masyarakat, bukan hanya tertumpu kepada kaum Melayu sahaja.

ABD RAHMAN FAUDZI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -