Contohi Vietnam jual produk berkualiti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diminta memastikan produk yang dibawa masuk ke negara ini melepasi piawaian kualiti yang ditetapkan.

Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata ini berdasarkan pengalamannya melihat kain yang dijual di pasar Vietnam sesuai untuk dipakai di negara beriklim panas.

- Advertisement -

“Saya ke Vietnam nak beli kain, hampir semua kain yang dijual di pasar Vietnam adalah kain yang sesuai untuk dipakai di dalam suasana kita ini, dalam negara yang panas.

“Tapi di negara kita, kita pergi kedai kain nak cari material yang sesuai untuk pakai setiap masa, susah kerana kita lihat kemungkinan tidak ada kawalan tentang isu tekstil,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap kualiti barang yang dibawa masuk mestilah berbaloi dengan setiap sen yang dikeluarkan oleh rakyat.

“Saya mengharapkan perkara ini, kita lihat dengan baik supaya semua benda dalam negara sekali masuk ke negara kita, ia merupakan produk yang baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -