Berapakah penjimatan projek MRT2

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mendedahkan kos asal projek Laluan MRT Putrajaya (MRT 2) kerana umum mengetahui laluan menghubungkan Sungai Buloh, Serdang dan Putrajaya membabitkan kos sebanyak RM32 bilion.

Dato’ Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu) berkata projek itu mempunyai 35 stesen termasuk 11 stesen bawah tanah dengan laluan sepanjang 52.2 kilometer.

- Advertisement -

Katanya, fokus utama pembinaan tertumpu kepada pembinaan terowong yang lebih rumit dan mencabar berbanding laluan Sungai Buloh-Kajang.

“Justeru, saya minta supaya kos asal ini dimaklumkan dan adakah kerajaan akan mendedahkan hasil dapatan kajian semula projek MRT2 yang dilaksanakan pada tahun 2018 bagi membolehkan rakyat mengetahui cadangan penjimatan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Amzad juga mahu kerajaan menjelaskan jumlah penjimatan sebenar setelah projek tersebut siap serta identiti syarikat perunding yang dilantik. – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -