Selesaikan isu rantaian bekalan makanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu rantaian bekalan sektor makanan yang belum selesai memberi kesan kepada rakyat yang dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor).

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan membentangkan laporan terperinci mengenai isu rantaian bekalan makanan.

- Advertisement -

“Bagaimana kita boleh mewujudkan persaingan lebih sempurna untuk menangani masalah yang Timbalan Menteri (Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) jelaskan berkaitan istilah yang sebenarnya berkaitan dengan persaingan tidak sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Senator Fuziah Salleh berkata, terdapat banyak faktor yang menentukan harga sesuatu barang.

“Apabila berlaku kartel, inilah yang mengawal harga. Namun, sebenarnya ada banyak faktor yang mengawal harga barang. Antaranya ialah kos bahan mentah, pengeluaran, pengangkutan dan pekerja.

“Bukan setakat berlaku kartel. Kita boleh bincang lagi (Ahli Parlimen) Tasek Gelugor, sebab ada banyak faktor seperti cuaca, nilai wang dan import bahan mentah.

“Jadi ini semua merupakan rumusan kepada keseluruhan faktor yang menentukan harga sesuatu barang,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -