Usahawan muflis ada peluang kedua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) menyuarakan kebimbangan berhubung isu muflis dalam kalangan usahawan.

Menurutnya, banyak faktor yang menyebabkan isu muflis membabitkan golongan berkenaan, termasuk keadaan ekonomi pasca Covid-19.

- Advertisement -

“Hutang yang menyebabkan mereka muflis termasuk pinjaman peribadi, sewa beli perniagaan dan pinjaman perniagaan yang gagal dilunaskan.

“Soalan saya, adakah kementerian merancang untuk membantu golongan usahawan yang muflis agar mereka dapat kembali berdiri dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ewon berkata, kementeriannya mempunyai program yang dinamakan Program Intervensi Peluang Kedua.

“Usahawan yang berhadapan isu muflis, kita ada program ini dan mereka boleh menyertai supaya kita boleh bantu melalui program bimbingan di bawah Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN).

“Sebagai maklumat juga, kita ada agensi di bawah kementerian yang menyediakan pembiayaan kredit mikro kepada usahawan yang sebelumnya muflis dan masih berhadapan isu CTOS CCRIS.

“Agensi kita ini, Amanah Ikhtiar Malaysia tidak menggunakan CTOS CCRIS dalam pemberian pembiayaan kepada usahawan,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -