Tingkatkan pengambilan anggota ATM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ramai merupakan aset ketenteraan paling utama bagi menjaga keamanan negara.

Justeru, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam), meminta Kementerian Pertahanan menyatakan perancangan berhubung penambahan anggota, terutama dalam kalangan anak muda.

- Advertisement -

“Adakah kementerian bercadang menambah bilangan anggota ATM untuk menampung keperluan pekerjaan anak anak muda, selain mendisiplinkan dan meningkatkan jati diri mereka.

“Hal ini kerana bilangan anggota tentera yang besar merupakan aset ketenteraan negara yang paling utama untuk menjaga keamanan negara,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Hasan, ketika menjawab persoalan ini berkata, pengambilan anggota ATM sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dan tidak mempunyai kuota tertentu.

“Pengambilan ATM tiada kuota dan mengikut penyelarasan jumlah anggota yang tamat perkhidmatan dan berdasarkan jumlah itu lah yang akan diisi semula.

“Dalam keadaan biasa, katakan anggota yang berhenti seramai 6,000 orang dalam setahun, kita cuba buat pengambilan dalam jumlah yang sama juga,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -