Kementerian Pendidikan teruskan inisiatif Dr Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pendekatan kluster mata pelajaran yang diperkenalkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin dari PERIKATAN NASIONAL (PN).

Ini susulan pandangan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) bahawa pendekatan strategik yang dimulakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, iaitu kluster mata pelajaran berjaya memandu dan menyelesaikan masalah dalam sistem pendidikan negara.

- Advertisement -

Katanya, antara contoh yang dilakukan oleh bekas Menteri Pendidikan ialah pengambilan guru secara `one-off’ lebih 16,000 orang.

“Soalan saya, adakah KPM akan meneruskan pendekatan kluster mata pelajaran ini dengan memperbaiki lagi,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Hui Ying, memang ada kekosongan yang Kementerian Pendidikan isikan dengan opsyen mata pelajaran yang diperlukan.

“Kita akan teruskan (Kluster Mata Pelajaran) dan juga menambahkan beberapa langkah lagi. Kita memang dalam semakan dan cadangan akan diumumkan selagi kita ada keputusan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -