Homoseks punca utama kes HIV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Laporan Global Aids Monitoring yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan peningkatan penghidap HIV berumur antara 20 hingga 29 tahun, iaitu 45 peratus.

Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) berkata, peratus penghidap penyakit itu yang berumur antara 30 hingga 39 tahun pula sebanyak 32 peratus.

- Advertisement -

Selain itu mengikut laporan Sinar Harian pada 30 November 2019, katanya landskap penghidap HIV di Malaysia berubah apabila pada 2010, kes paling tinggi disebabkan suntikan jarum iaitu 48 peratus, tetapi pada 2018 kes paling tinggi membabitkan hubungan seksual antara lelaki iaitu 57 peratus dan hubungan heteroseksual sebanyak 37 peratus.

“Apakah langkah dan strategi mitigasi kerajaan dalam isu jangkitan HIV berdasarkan kumpulan sasaran yang dikenal pasti oleh KKM,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga meminta pandangan KKM terhadap pendirian Jabatan Mufti Negeri Selangor yang melarang pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) kepada pasangan homoseksual untuk menjegah jangkitan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, perubahan gaya hidup menjadi antara faktor utama peningkatan penghidap penyakit itu pada tahun 2018 berbanding 2010.

Menjawab persoalan berkaitan pendirian Jabatan Mufti Selangor, katanya KKM sedang mengadakan sesi libat urus serta melihat sejauh mana keberkesanan projek rintis pemberian ubat berkenaan. – HARAKAHDAILY 23/3/2023.

- Advertisement -