Teliti peruntukan naik taraf jalan, jambatan

Dr Halimah Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) disarankan agar meneliti dengan lebih mendalam terhadap peruntukan yang diberikan kerajaan untuk membaiki dan menaik taraf jalan dan jambatan di seluruh negara.

- Advertisement -

Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berkata, peruntukan yang diberikan itu perlu diteliti supaya kerja-kerja menaik taraf jalan dan jambatan dapat dilaksanakan dengan sempurna agar masalah berkenaan dapat diatasi.

Katanya, perkara itu juga apabila melihat keadaan bencana alam berskala besar termasuk banjir yang telah berlaku baik di beberapa negeri termasuk Johor serta Pantai Timur.

“Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan meneliti adakah cukup dengan jumlah peruntukan yang diberikan ini untuk menampung keseluruhan negara. Jadi setelah melihat beberapa perkara saya mencadangkan ia dinaikkan angaran ini.

“Selain itu, berapakah jurutera daerah yang diperlukan negara dan berapakah yang optima yang diperlukan negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Apakah ada latihan khusus yang diberikan kepada jurutera jalan bagi memastikan masalah yang dihadapi ini sesuai dengan perubahan iklim, bencana alam yang semakin banyak dan penggunaan trafik semakin meningkat dan adakah kita ada upgrading skill ilmu dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Halimah turut meminta agar kerajaan mengemukakan mekanisme mengenai penyelenggaraan bil lampu jalan dan isyarat bagi memastikan peruntukan sebanyak RM4.9 juta dapat disalurkan dan dijalankan dengan baik.

“Adakah pasukan pemantau sebagai inisiatif proaktif atau hanya bersifat reaktif hanya memberi maklum balas bila hanya ada kemalangan yang diviral dan sebagainya?

“Selain itu juga berapa lama yang diambil pihak kerajaan bagi memulihkan lampu isyarat yang rosak kerana ia memberi kesan serta melibatkan ramai pengguna,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -