Beri lebih perhatian jalan utama Pahang-Kelantan

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu lebih memberi perhatian terhadap isu jalan raya yang menjadi jalan utama kepada pengguna menghubungkan Gua Musang dan Pahang termasuk melibatkan Bentong dan Karak.

- Advertisement -

Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi kerja-kerja menaik taraf jalan berkenaan dilihat hanya ada sedikit sahaja peningkatan dengan sebanyak RM133,000 berbanding tahun 2022 yang lalu.

Katanya, peningkatan yang sedikit itu dibimbangi tidak mampu serta melengahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjalankan kerja-kerja proses menaik taraf berjalan dengan lancar.

“Peruntukan yang diberikan terdapat sedikit sahaja kenaikan dengab sebanyaj RM133 ribu sahaja pada tahun 2023 berbanding 2022, perkara ini dibimbangi membantutkan usaha pihak JKR untuk menjalankan proses menaik taraf berjalan lancar.

“Justeru, dengan masalah jalan raya semakin banyak yang rosak terutama melibatkan jalan utama CSR Gua Musang ke Kuala Lipis, Bentong serta Karak diharapkan kementerian meneliti kerana ia merupakan jalan utama yang digunakan untuk ke Raub, Kuala Lipis dan terus ke Kuala Krai dan Kota Bharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut bertanya apakah pihak kementerian turut memantau syarikat-syarikat konsensi penyelenggaraan jalan persekutuan khususnya jalan Bentong, Gua Musang hingga ke Kota Bharu.

Ini, ujarnya kerana terdapat banyak jalan baharu yang telah diselenggara itu mengalami kerosakan yang cepat malah dalam tempoh seminggu selepas diturap sudah kembali berlubang dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -